Microsoft 365 Copilot Diumumkan – AI Untuk Word, Excel, PowerPoint, Outlook Dan Teams

TechnologyDigital
17 Mar 2023 • 12:07 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available
Penggunaan Microsoft 365 Copilot

Microsoft hari ini mengumumkan mereka akan membawa sokongan kecerdasan buatan generasi baharu ke aplikasi produktiviti mereka. Penawaran ini dinamakan Microsoft 365 Copilot, dan akan menyokong aplikasi popular seperti Word, Excel, PowerPoint, Outlook, Teams dan banyak lagi.

Dengan integrasi Copilot ini, ia akan memudahkan pengguna dalam melakukan tugasan harian, termasuk penyediaan dokumen, serta tugasan berkaitan lain.

Microsoft mengatakan Microsoft 365 Copilot akan memudahkan dan membolehkan pengguna memfokuskan ke tugasan lain. Berikut merupakan antara perkara yang boleh dilakukan menggunakan Copilot:

  • Word – menulis, menyunting, meringkaskan, dan mencipta bersama-sama rakan sekerja yang lain
  • PowerPoint – membolehkan proses mengubah idea kepada penyediaan sebuah dokumen pembentangan yang cantik
  • Excel – memudahkan mengenal pasti trend, memaparkan data dalam baik, serta menyusun pelbagai perkara dengan pantas
  • Outlook – menguruskan inbox, dan memudahkan komunikasi
  • Teams – Memudahkan ringkasan mesyuarat dalam bentuk masa-nyata

image is not available
Penggunaan Microsoft 365 Copilot

image is not available
Penggunaan Microsoft 365 Copilot

image is not available
Penggunaan Microsoft 365 Copilot pada PowerPoint

image is not available
Penggunaan Microsoft 365 Copilot pada Excel

image is not available
Penghasilan Penjanaan Menggunakan Copilot

Dengan langkah ini, ia dijangka akan mengubah bagaimana manusia berurusan setiap hari, dan membolehkan manusia memfokuskan kepada tugasan-tugasan yang lain.

Ciri Copilot ini kini sedang diuji dikalangan beberapa rakan kerjasama Microsoft. Tarikh pengenalan umum masih tidak diketahui lagi.