Microsoft 365 tergendala seluruh dunia? Kerajaan teliti kesan terhadap kementerian -Fahmi

LocalTechnology
13 Nov 2026 • 8:14 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Microsoft 365 tergendala seluruh dunia? Kerajaan teliti kesan terhadap kementerian -Fahmi

Kerajaan sedang meneliti kesan gangguan global perkhidmatan Microsoft 365 terhadap operasi kementerian dan jabatan di seluruh negara susulan insiden yang turut berpotensi menjejaskan pengguna di Malaysia.

Laporan penuh sedang dikumpulkan

Menerusi sidang media selepas mesyuarat Kabinet, hari ini, jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Seri Fahmi Fadzil menyatakan laporan penuh dan terperinci berhubung gangguan berkenaan sedang dikumpulkan oleh Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA).

“Setakat pagi tadi, saya menunggu NACSA memberi pemakluman laporan mengenai insiden tersebut. Difahamkan, ia bersifat global dan bukan sekadar di satu negara ataupun satu kawasan tetapi mempunyai kesan yang besar.
“Setakat ini, belum dimaklumkan kementerian ataupun jabatan mana yang terkesan akibat penggunaan aplikasi penstoran awan dan aplikasi awan bagi Microsoft,” katanya.

Terdahulu, NACSA memaklumkan gangguan perkhidmatan Microsoft 365 yang berpotensi menjejaskan pengguna di seluruh dunia termasuk Malaysia disahkan berpunca daripada masalah teknikal dan bukannya serangan siber.

Gangguan tersebut melibatkan beberapa aplikasi utama termasuk Outlook, Teams, SharePoint, Microsoft 365 Copilot dan Defender XDR.

Sementara itu, Microsoft pada Khamis memaklumkan gangguan di beberapa rantau berpunca daripada sejumlah pelayan yang tiba-tiba gagal berfungsi, bukannya disebabkan peningkatan trafik pengguna.

Sumber: Facebook Fahmi Fadzil
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved