Microsoft, Google dan Meta Dilaporkan Menangguhkan Pembelian Cip NVIDIA GB200 Kerana Pelbagai Isu

TechnologyDigital
14 Jan 2025 • 12:58 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tahun lalu cip kecerdasan buatan NVIDIA GB200 Grace Blackwell Superchip dipasarkan sebagai cip melatih kecerdasan buatan (AI) paling berkuasa di pasaran. Ia menggabungkan dua GPU NVIDIA B200 dengan satu CPU NVIDIA Grace yang membolehkan ia melatih model dengan 1 trilion parameter.

image is not available
NVIDIA GB200 Grace Blackwell-Superchip

Hari ini The Information melaporkan Microsoft, Google, Meta dan Amazon adalah antara pelanggan yang menangguhkan pembelian GB200 kerana isu pemanasan dan pepijat pada sambungan cip pada rak pelayar yang digunakan. Isu ini sudah didengari sejak Ogos lalu dengan NVIDIA mengatakan ia telahpun diselesaikan.

Tetapi penangguhan yang berlaku semasa isu diselesaikan membuatkan pelanggan menangguhkan pembelian terlebih dahulu. OpenAI misalnya memilih membeli cip H100 yang lebih lama daripada terus menunggu. NVIDIA dilaporkan menerima tempahan untuk GB200 bernilai $10 bilion daripada pelanggan selepas cip dilancarkan Mac tahun lalu.

Laporan muncul pada hari yang sama Amerika Syarikat mengumumkan halangan jualan cip AI berkuasa tinggi kepada negara yang bukan sekutu rapat seperti Malaysia, Singapura dan Israel.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved