Microsoft Lancar 3 Model AI Baharu Untuk Transkripsi, Suara dan Imej

TechnologyDigital
3 Apr 2026 • 9:39 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Microsoft pada ketika ini menggunakan model kecerdasan buatan (AI) OpenAI untuk menguasakan sistem CoPilot kerana melakukan pelaburan ke dalam syarikat tersebut beberapa tahun lalu. Tetapi Microsoft kini memulakan usaha untuk lebih berdikari dengan pembangunan model AI sendiri. Pagi ini tiga model AI baharu MAI-Transcribe-1, MAI-Voice-1 dan MAI-Image-2 telah dilancarkan.

image is not available

MAI-Transcribe-1 ialah model transkripsi pertuturan-ke-teks dengan ketepatan terbaik pada 25 bahasa. MAI-Voice-1 pula ialah model teks-ke-pertuturan yang boleh hasilkan 60 saat audio dalam masa 1 saat. Akhir sekali MAI-Image-2 ialah model janaan imej baharu yang lebih pantas dengan ia akan digunakan dalam Bing dan PowerPoint.

Microsoft mengatakan Transcribe-1 dan Voice-1 boleh digunakan untuk tugas menghasilkan sari kata dengan pantas, sistem perbualan AI, ejen AI, sistem ketercapaian untuk OKU, pendidikan, latihan dan mendapatkan maklum balas pelanggan.

Sementara itu MAI-Image-2 adalah sesuai digunakan untuk mencipta idea oleh pereka grafik serta media, menghasilkan konsep rekaan, menjana konsep UX dan digunakan jenama untuk kegunaan dalaman.

Ketiga-tiga model sudah boleh diakses menerusi MAI playground dan Microsoft Foundry.