Redmi Note 15 SE 5G Dilancarkan – Kamera 50MP, Bateri 5800mAh 

TechnologyDigital
2 Apr 2026 • 3:23 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Redmi Note 15 5G kini hadir dengan edisi Istimewa (SE) yang baru dilancarkan di India. Model ini hadir dengan warna baharu Crimson Reserve yang menggunakan kemasan kulit untuk rasa lebih premium. Bahagian belakang sepenuhnya merah hati turut dipadankan dengan bingkai tengah berwarna emas untuk menambah sentuhan mewah. Turut diberikan dua pilihan warna lain iaitu Frosted White dan Carbon Black untuk gaya lebih minimal.

image is not available

Peranti ini turut menerima beberapa perubahan kecil berbanding model 5G biasa. Antaranya, kamera belakang kini menggunakan sensor utama 50MP yang menggantikan sensor 108MP sebelum ini. Dalam masa sama, kamera ultra-lebar 8MP turut digantikan dengan sensor kedalaman 2MP. Selain itu, ia hadir dengan bateri lebih besar berkapasiti 5800mAh berasaskan teknologi silikon-karbon sambil mengekalkan sokongan pengecasan pantas 45W. Kapasiti ini adalah peningkatan berbanding bateri 5520mAh yang digunakan pada model Redmi Note 15 5G standard sebelum ini.

image is not available
image is not available

Spesifikasi lain peranti ini masih sama seperti model sebelumnya. Ia hadir dengan skrin 6.77″ FHD+ OLED yang menyokong kadar segar semula 120Hz serta kecerahan puncak 3200 nits. Ia juga dikuasai oleh cip bersama memori sehingga 8GB RAM. Kamera hadapan pula menggunakan sensor sebesar 20MP. Peranti ini turut dilengkapi dengan penarafan IP65 + IP66 untuk perlindungan habuk dan percikan air.