Microsoft Surface Laptop 7 Dengan Cip Pemprosesan Intel Lunar Lake Tertiris Di Pasaran China

TechnologyDigital
17 Oct 2024 • 12:02 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Microsoft Surface Laptop merupakan salah satu daripada komputer riba kelas premium yang dilihat menandingi rekaan Apple MacBook Pro dengan spesifikasinya yang berkuasa dan juga rekaan yang cukup elegan sekali.

Penawaran terbaru mereka, Microsoft Surface Laptop 7 yang kini hadir dengan pilihan Intel Meteor Lake dan Qualcomm Snapdragon X sudahpun memasuki pasaran, tetapi kami pasti bahawa ramai yang menantikan model yang hadir dengan cip pemprosesan Intel Lunar Lake atau Core Ultra 200V yang terbaru.

image is not available

Nampaknya peminat siri komputer riba ini tidak akan perlu menunggu terlalu lama, kerana terdapat beberapa laporan bahawa Microsoft sudahpun menyediakan komputer riba tersebut dengan penawaran ini, yang diperlihatkan di pasaran China baru-baru ini.

image is not available

Dari segi spesifikasi, ia nampaknya dikuasakan cip pemprosesan Intel Core Ultra 7 268V dengan memori LPDDR5X sebanyak 32GB terbina dan juga storan SSD PCIe 4.0 sebesar 1TB. Laporan-laporan sama juga mengatakan bahawa komputer riba ini tampil dengan rekaan sama seperti komputer riba Surface Laptop yang dilancarkan dengan cip Snapdragon X Elite.

image is not available

Tidak banyak butiran lain yang diketahui mengenai komputer riba ini, kecuali bahawa ia dijangka akan dilancarkan sekitar awal 2025 kelak. Ini tidak begitu jauh berbanding bagaimana Microsoft biasanya akan melancarkan komputer-komputer riba mereka, dimana pengumuman mengenai produk-produk Surface terbaru akan dibuat pada dua atau tiga bulan terakhir, dan dilancarkan pada awal tahun berikutnya.

Menariknya, tanda harga untuk model komputer riba ini juga diperilhatkan yang mana ia ditetapkan pada 19 ribu Yuan. Untuk sebuah laptop yang sepatutnya hanya dijual pada awal tahun depan, Microsoft nampaknya sudah bersiap-sedia untuk mengeluarkan komputer riba ini ke pasaran-pasaran antarabangsa secepat yang mungkin.