Midjourney Kini Boleh Menjana Video Daripada Gambar

TechnologyDigital
19 Jun 2025 • 10:45 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Midjourney kini menawarkan perkhidmatan menjana video berdasarkan imej yang diberikan pengguna. Untuk membawakan kemampuan ini, model kecerdasan buatan (AI) Video Model V1 telah dibangunkan. Model V1 kini boleh digunakan oleh pelanggan dan ia hadir dengan beberapa mod janaan generatif.

Pengguna boleh menjana klip video sepanjang 5 saat dengan kos 8x kali lebih tingi berbanding yang dikenakan untuk menjana 1 imej di Midjourney. Video boleh dijana menerusi imej yang dijana di dalam Midjourney atau dimuat naik sendiri oleh pengguna. Pengguna kemudian hanya perlu memasukkan prom arahan untuk ia diproses.

Terdapat ciri terbina yang mengekalkan kedudukan kamera dan tetapan pergerakan kamera yang lebih dinamik. Video yang dijana boleh dipanjangkan sebanyak 4 saat sebanyak 4 kali sekiranya dirasakan terlalu pendek. Sungguhpun begitu, tidak seperti Google Veo 3 dan Meta Movie Gen, Video Model V1 tidak boleh menjana video dengan audio yang berpadanan.