MIHAS 2026: 50,000 pengunjung dijangka hadir, tampil sistem AI baharu - MATRADE

LocalBusiness & Finance
21 Sep 2026 • 7:40 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

MIHAS 2026: 50,000 pengunjung dijangka hadir, tampil sistem AI baharu - MATRADE

KUALA LUMPUR, 21 SEPT: Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) ke-22 yang akan membuka tirainya di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Rabu ini dijangka menarik 50,000 pengunjung dari 45 negara.

Dianjurkan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) serta diselaras oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), acara itu akan berlangsung dari 23 hingga 26 September, menampilkan 1,700 syarikat dan 2,400 reruai.

Dalam satu kenyataan hari ini, MATRADE berkata pelawat perdagangan dan orang awam digalakkan mendaftar menerusi laman web MIHAS, untuk mereka mendapatkan akses sistem AI MIHAS baharu bagi membantu peserta merancang kunjungan mereka ke acara itu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Abu Bakar Yusof berkata sistem kecerdasan buatan (AI) itu akan menyediakan setiap peserta berdaftar dengan ejen AI khusus serta sokongan diperibadikan bagi membantu mereka mengenal pasti perniagaan, berinteraksi dengan pempamer dan membina jaringan hubungan yang relevan.

“Kami percaya pendekatan ini akan meningkatkan pengalaman di MIHAS serta menyokong usaha kami mencapai nilai jualan RM5 bilion tahun ini,” katanya.

Image from: MIHAS 2026: 50,000 pengunjung dijangka hadir, tampil sistem AI baharu - MATRADE

Menurut MATRADE, sistem AI itu menjadikan MIHAS 2026 antara pameran perdagangan terkemuka Malaysia yang memanfaatkan teknologi, sekali gus membantu perniagaan mengenal pasti peluang yang relevan, berhubung dengan rakan niaga yang sesuai serta berinteraksi dengan lebih berkesan dalam ekosistem halal global.

Platform yang lebih bersepadu itu juga menawarkan padanan perniagaan, sokongan pelbagai bahasa, navigasi pameran, pengurusan mesyuarat serta penglibatan kepada peserta sebelum, sepanjang dan selepas MIHAS 2026.

Program padanan perniagaan utamanya, Program Sumber Antarabangsa (INSP), dijangka memudah cara 4,000 mesyuarat membabitkan 450 pembeli antarabangsa, termasuk 50 pembeli premium, serta kira-kira 600 pengeksport Malaysia.

“Program itu dijangka menyumbang dengan ketara kepada keseluruhan sasaran perdagangan MIHAS 2026,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved