Mimpi Jadi Kenyataan! Abang Minyak Hitam Kini Miliki Lori -“Doa Seorang Ibu & Isteri”

28 Apr 2026 • 11:16 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Mekanik tular yang dikenali sebagai Abang Minyak Hitam atau nama sebenarnya, Mohd Yusof Mohd Noor meluahkan rasa syukur apabila mampu memiliki lori untuk digunakan bagi memperkembangkan lagi servis membaiki motosikal.

Impian yang tertanam tujuh tahun

Menerusi perkongsian di TikTok Abang Minyak Hitam memaklumkan impian yang sudah ditanam selama tujuh tahun akhirnya tercapai.

@minyakhitamjalanan_

ini la usaha kami berdua selame ini. alhamdulillah mimpi jadi kenyataan salam jumaat #fyp #masukberandafypシ #alhamdulillah

♬ bunyi asal – 𝑷𝑶𝑷𝑶 REMIX ᵡ᷼ᵡ – POPO REMIX ᵡ᷼ᵡ

Ucap terima kasih kepada isteri

Dalam pada masa yang sama, dia juga menzahirkan rasa terima kasih kepada isteri tersayang yang menjadi tulang belakang selama ini sehingga berjaya mencapai cita-citanya.

“Terima kasih selama ini jadi tulang belakang saya.
“Alhamdulillah, lori kita dah siap. Selama 7 tahun kita usaha sama-sama. Terima kasih banyak.
“Mimpi jadi kenyataan.
“Kalau tiada dia (isteri), mungkin aku tiada di tahap ini.
“Terima kasih sebab selalu ada susah dan senang,’ tulisnya.

Semoga Allah sentiasa memelihara

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mendoakan agar urusan mekanik terbabit terus dipermudah dan gembira melihatnya sangat meratukan isteri tersayang.

 

image is not available

Ratukan isteri, insha Allah rezeki sentiasa mengalir

image is not available

Berkat doa ibu dan isteri tersayang

image is not available

Abang Minyak Hitam Jalanan juga memaklumkan bahawa servis yang ditawarkan menggunakan lori bergerak itu meliputi kawasan Petaling Jaya bermula jam 2 petang sehingga 10 malam.

Sumber: TikTok minyakhitamjalanan

The post Mimpi Jadi Kenyataan! Abang Minyak Hitam Kini Miliki Lori -“Doa Seorang Ibu & Isteri” appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved