​​​​​​​Mindef meterai LOA dengan MBDA France bagi pembelian sistem peluru berpandu LCS TLDM

LocalPolitics
23 Jul 2026 • 9:10 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

​​​​​​​Mindef meterai LOA dengan MBDA France bagi pembelian sistem peluru berpandu LCS TLDM Image from: ​​​​​​​Mindef meterai LOA dengan MBDA France bagi pembelian sistem peluru berpandu LCS TLDM johardy23/07/2026 - 09:10 Gambar AFP Oleh Muhammad Iman editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 23 Julai - Kementerian Pertahanan memeterai Surat Penerimaan (LOA) bagi pemerolehan sistem peluru berpandu darat ke udara untuk melengkapkan pakej persenjataan kapal tempur pesisir milik Tentera Laut Diraja Malaysia.

 

Surat Penerimaan itu ditandatangani Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali dengan MBDA France sempena Pameran Udara Antarabangsa Farnborough 2026 di United Kingdom pada Isnin.

 

Kementerian Pertahanan berkata, pemerolehan itu melibatkan sistem peluru berpandu darat ke udara bagi melengkapkan pakej persenjataan kapal tempur pesisir atau LCS TLDM.

 

Menurut kementerian, kontrak berkenaan merupakan komponen pelengkap penting bagi projek LCS untuk memastikan kapal tersebut dilengkapi keupayaan pertahanan udara yang memenuhi keperluan operasi.

 

Penandatanganan itu mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh keupayaan pertahanan maritim negara bagi menghadapi cabaran geopolitik dan keselamatan semasa.


 

solar
Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali (kiri), menandatangani Surat Penerimaan (LOA) dengan MBDA France pada Pameran Udara Antarabangsa Farnborough (FIA) 2026 di United Kingdom pada Isnin. — GAMBAR KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA



Lengkapkan keupayaan pertahanan udara LCS

Pada April lalu, Kementerian Pertahanan mengeluarkan Surat Hasrat kepada MBDA France bagi pemerolehan 29 peluru berpandu darat ke udara untuk program LCS bernilai RM504.5 juta sempena Pameran Defence Services Asia dan National Security Asia 2026.

 

MBDA ialah kumpulan pertahanan Eropah yang membangunkan pelbagai sistem peluru berpandu untuk kegunaan udara, darat dan laut. Sistem keluaran syarikat itu digunakan oleh lebih 90 angkatan tentera di seluruh dunia.

 

Pemerolehan berkenaan khusus untuk keupayaan pertahanan udara LCS dan berasingan daripada proses mendapatkan pengganti Naval Strike Missile keluaran Kongsberg Defence & Aerospace dari Norway.

 

Kerajaan masih menilai sistem peluru berpandu antikapal baharu selepas Norway membatalkan lesen eksport NSM dan komponen pelancarnya ke Malaysia.

 

Kementerian Pertahanan sebelum ini memaklumkan bahawa sistem pengganti itu perlu memenuhi keperluan operasi TLDM serta boleh disepadukan dengan Sistem Pengurusan Tempur yang dipasang pada kapal LCS. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved