Mindet komited perkasa usahawan luar bandar

LocalStartup
21 Sep 2026 • 4:56 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Mindet komited perkasa usahawan luar bandar

SANDAKAN: Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah (Mindet) komited memperluas program bantuan, bimbingan keusahawanan dan penganjuran mini ekspo ke daerah-daerah luar bandar di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Datuk Ewon Benedick berkata usaha itu penting bagi memastikan komuniti usahawan di luar bandar turut mendapat akses kepada peluang pembangunan perniagaan.

Beliau berkata pendekatan kerjasama dengan persatuan usahawan dan persatuan komuniti akan digunakan bagi menjayakan pelbagai inisiatif pembangunan keusahawanan di daerah berkenaan.

“Saya komited untuk memastikan program-program bantuan termasuk penganjuran mini ekspo serta program bimbingan keusahawanan dapat diperluaskan pada skala yang lebih besar di daerah-daerah luar bandar.

“Kita akan mengambil pendekatan bekerjasama dengan persatuan-persatuan usahawan atau persatuan komuniti untuk menjayakan inisiatif-inisiatif pembangunan keusahawanan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan usahawan dari Beluran yang menyampaikan beberapa isu dan cadangan bagi membantu memperkukuh komuniti usahawan di daerah Beluran pada Sabtu.

Ewon berkata kisah kejayaan usahawan yang bermula secara kecil-kecilan setelah melalui pelbagai cabaran getir sebelum mencapai kejayaan, wajar dijadikan inspirasi kepada usahawan lain.

“Saya turut berkongsi dengan mereka beberapa kisah kejayaan usahawan yang bermula pada skala kecil, pernah melalui pelbagai cabaran tetapi kini sangat berjaya,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved