Kerajaan komited perkasa pembangunan infrastruktur kawasan luar bandar

LocalPolitics
26 Aug 2026 • 3:58 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Kerajaan komited perkasa pembangunan infrastruktur kawasan luar bandar

KOTA MARUDU: Kerajaan negeri kekal komited menyemarakkan agenda pembangunan infrastruktur di kawasan luar bandar demi memastikan kesejahteraan rakyat di peringkat akar umbi terus terbela dan diberi keutamaan.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Dr. Maijol Mahap berkata pelbagai projek kemudahan asas telah disalurkan ke Kg Tagaroh merangkumi rangkaian jalan raya, dewan masyarakat serta bekalan air demi kemudahan penduduk setempat.

“Kampung ini amat sinonim dengan arus pembangunan kerana kepimpinan negeri dan kawasan sentiasa memberi perhatian. Dari segi infrastruktur asas, jalan raya, dewan dan bekalan air memang sentiasa dititikberatkan.

“Rakyat di sini sedia maklum mengenai komitmen ini dan peranan kerajaan amat [penting bagi memastikan keperluan mereka terus dipenuhi,” katanya ketika merasmikan Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2026 Daerah Kota Marudu di Padang Kampung Tagaroh, di sini, pada Isnin.

Maijol menegaskan perpaduan utuh dalam kalangan masyarakat menjadi tunjang utama yang membolehkan agenda pembangunan disalurkan secara berterusan dan lancar.

“Apabila rakyat bersatu padu, kerajaan amat menghargainya dan ini menjadi pemangkin untuk kita terus membawa lebih banyak kemajuan ke kawasan ini,” jelasnya.

Mengulas mengenai persinggahan konvoi KMJG, beliau berkata kehadiran rombongan berkenaan bukan sahaja merapatkan jambatan silaturahim antara kerajaan dengan rakyat malah menyemarakkan lagi semangat patriotisme sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah pada 31 Ogos ini.

Bagi memeriahkan suasana, majlis turut diserikan dengan acara Sukan Rakyat seperti pertandingan tarik tali, terompah gergasi dan batu bata batang yang berjaya memupuk semangat kebersamaan warga setempat.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Penerangan Sabah Jainisah Mohd Noor, Pegawai Daerah Meirin Sugara serta peserta konvoi KMJG.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved