Termasuk Jalan Mati, Tular Rakaman CCTV Pencuri Kelisa Berjaya Dicekup [Video]

20 May 2025 • 5:04 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Jenayah samun atau curi kereta bukanlah sesuatu yang baru di negara ini, apa yang lebih membimbangkan ia masih berlaku sehingga hari ini.

Seperti sebelum ini, tular mengenai kisah kehilangan kereta mewah jenis Toyota Alphard milik seorang usahawan dan influencer yang dikenali sebagai Ustaz Firdaus Firabib di sebuah hotel di Sungai Senam, Ipoh, Perak pada Sabtu lalu (17 Mei)

Alphard terbabit bagaimanapun telah ditemui semalam (19 Mei) di Bukit Merah, namun Ustaz Firdaus yang juga Pengerusi dan Imam Masjid Al-Busyra Merbok itu berkata dron serta kamera yang ada di dalam kereta lepas.

Tular rakaman CCTV cubaan dua lelaki curi kereta gagal

Terbaharu, tular pula di media sosial satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan cubaan dua lelaki ingin mencuri sebuah Perodua Kelisa gagal.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun X @kamaghul, kereta terbabit tidak berjaya dibawa lari selepas mereka termasuk jalan mati di sebuah kampung dipercayai di Salor, Kota Bharu, Kelantan.

Difahamkan, pemilik Kelisa itu bersama beberapa individu lain yang menaiki dua buah kenderaan mengejar pencuri kereta terbabit sehingga ke jalan mati berkenaan.

Salah seorang pencuri tak sempat lari, kena cekup

Di dalam video tersebut, kelihatan salah seorang pencuri berkenaan tidak sempat melarikan diri dan berjaya dicekup oleh beberapa individu.

Rakannya pula yang memandu Kelisa berkenaan dipercayai berjaya melarikan diri semasa sedang dikejar.

Kedengaran juga suara pencuri tersebut yang meronta-ronta semasa dipukul selepas dia berjaya dicekup.

“Aduh, aduh, aduh sakit, Allahuakbar,” kata pencuri itu yang sakit semasa dipukul.

Orang ramai lagi kagum dengan rumah kampung yang ada CCTV

Namun, di ruangan komen pada ciapan itu pula, kelihatan rata-rata pengguna X lebih kagum dengan CCTV yang dipasang pada rumah kampung berkenaan.

Mereka mendakwa CCTV tersebut lebih jelas berbanding CCTV lain yang ada di kawasan bandar.

Bagaimanapun, setakat artikel ini ditulis, tiada maklumat lanjut yang diperolehi berhubung kejadian yang dipercayai berlaku pada Ahad lalu itu.

“Rumah kampung pun ada CCTV, kau mampu”

image is not available

“Ceruk kampung pun CCTV jelas”

image is not available

“Macam biasa, CCTV Kelantan on top”

image is not available

“Mantap betul CCTV clear”

image is not available