Minyak masak peket Malaysia, gula dijual di Narathiwat

LocalBusiness & Finance
1 Oct 2026 • 10:48 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Minyak masak peket Malaysia, gula dijual di Narathiwat
Tangkap layar video yang dikongsikan di Thread menunjukkan minyak masak peket dijual di sebuah pasar di Narathiwat, Thailand. Foto: media sosial
Image from: Minyak masak peket Malaysia, gula dijual di Narathiwat
Pengguna Thread berkongsi penemuan minyak masak peket buatan Malaysia yang dijual diNarathiwat, Thailand. Foto: media sosial

KUALA LUMPUR - Kewujudan minyak masak peket buatan Malaysia di sebuah pasar di Narathiwat, Thailand menimbulkan persoalan sama ada produk berkenaan dieksport secara rasmi atau dibawa masuk melalui kegiatan penyeludupan.

Perkara itu dibangkitkan pengguna Threads, Hafeezboh menerusi perkongsian di aplikasi berkenaan selepas menemui produk minyak masak peket Malaysia ketika berjalan-jalan di sebuah pasar sekitar wilayah itu.

Menurutnya, selain minyak masak peket, turut terdapat produk gula jenama tempatan yang dijual di lokasi berkenaan.

"Masa kami jalan-jalan di pasar Narathiwat, kami terjumpa minyak masak peket buatan Malaysia.

"Yang ni memang kita eksport secara rasmi atau hasil penyeludupan?

"Gula pun ada," katanya menerusi perkongsian tersebut.

**media[3665049]**

Hafeez turut memaklumkan dia hanya teringat untuk berkongsi rakaman video berkenaan selepas menerima komen daripada pengguna lain.

Perkongsian itu kemudian mendapat perhatian pengguna media sosial lain.

Seorang pengguna, Keiko_13r mendakwa, penemuan minyak masak peket keluaran negara itu bukan sahaja diseludup di selatan Thailand, malah turut mendakwa ia pernah ditemui di Filipina.

Bagi scha_lix, kegiatan penyeludupan didakwa sudah lama berlaku membabitkan tiga wilayah selatan negara itu.

Ezzat.haqim pula mencadangkan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) membuat lawatan ke wilayah Narathiwat.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved