![Image from: [VIDEO] Minyak masak peket, gula Malaysia dijual dekat Narathiwat](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/WhatsApp-Image-2026-10-01-at-9.21.11-PM-1024x512.jpeg)
PETALING JAYA – Penemuan minyak masak peket dan gula keluaran Malaysia dijual di sebuah pasar di Narathiwat, Thailand menimbulkan persoalan dalam kalangan orang ramai mengenai bagaimana barangan kawalan berkenaan boleh berada di negara jiran.
Perkara itu dikongsikan menerusi Threads oleh pengguna dikenali sebagai Hafeezboh yang mendakwa menemui minyak masak peket buatan Malaysia ketika berjalan-jalan di sebuah pasar di Narathiwat.
“Yang ini memang kita eksport secara rasmi atau hasil penyeludupan?” katanya .
Perkongsian itu kemudian mendapat perhatian orang ramai dengan beberapa pengguna media sosial mendakwa barangan berkenaan mungkin dibawa keluar dari Malaysia secara tidak sah.
Seorang pengguna, Ahnaz8712 mendakwa terdapat pihak yang mengambil kesempatan di kawasan sempadan untuk mendapatkan keuntungan, manakala Aliphjolie pula mendakwa barangan subsidi tidak sepatutnya dijual ke luar negara.
Sementara itu, Keiko_13r mendakwa penemuan minyak masak paket keluaran Malaysia bukan hanya berlaku di selatan Thailand, malah turut mendakwa ia pernah ditemui sehingga ke Filipina.
Bagaimanapun, status sebenar minyak masak peket dan gula yang ditemui di Narathiwat itu, sama ada dieksport secara sah atau dibawa keluar melalui kegiatan penyeludupan, tidak dapat dipastikan berdasarkan hantaran berkenaan. – KOSMO! ONLINE
View on Threads
The post [VIDEO] Minyak masak peket, gula Malaysia dijual dekat Narathiwat appeared first on Kosmo Online.






![[VIDEO] Tong gas, minyak terpakai penduduk, peniaga Puncak Alam kena ‘kebas’](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-24-at-1.56.02-PM-1024x669.jpeg)