MISC peroleh kontrak sewaan kapal LNG selama 10 tahun dengan MLNG, operasi bermula 2028

LocalBusiness & Finance
31 Jul 2026 • 5:34 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

MISC peroleh kontrak sewaan kapal LNG selama 10 tahun dengan MLNG, operasi bermula 2028 Image from: MISC peroleh kontrak sewaan kapal LNG selama 10 tahun dengan MLNG, operasi bermula 2028 hamden31/07/2026 - 17:34 Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 31 Julai -  MISC Berhad (MISC) memperoleh kontrak sewaan jangka panjang selama 10 tahun daripada Malaysia LNG Sdn. Bhd. (MLNG) bagi penyediaan sebuah kapal pengangkut gas asli cecair (LNG) baharu berkapasiti 18,700 meter padu (cbm), dengan operasi dijadual bermula pada 2028.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, MISC berkata, syarikat menerima Surat Penganugerahan (LOA) daripada MLNG yang menetapkan terma dan syarat utama bagi Perjanjian Sewaan Masa (Time Charter Party, TCP) muktamad untuk kapal LNG tersebut.

 

Seiring dengan penganugerahan kontrak itu, MISC turut memeterai kontrak pembinaan kapal berkenaan dengan Hudong-Zhonghua Shipbuilding (Group) Co., Ltd. (HZ) pada 30 Julai 2026.

 

Menurut MISC, projek berkenaan mempunyai kepentingan strategik kerana menyokong kesinambungan bekalan LNG PETRONAS ke Bandar Sendai, Jepun, selain memperkukuh hubungan kerjasama yang telah terjalin hampir 30 tahun antara kedua-dua pihak.

 

Pada masa sama, projek berkenaan mempunyai kepentingan strategik kerana menyokong kesinambungan bekalan LNG PETRONAS ke Bandar Sendai, Jepun, sekali gus memperkukuh kerjasama yang telah terjalin hampir tiga dekad antara kedua-dua pihak.

 

Selain memastikan penghantaran LNG yang boleh dipercayai bagi memenuhi keperluan tenaga jangka panjang pelanggan, projek itu turut menyokong program pembaharuan armada kapal LNG MISC melalui penggunaan kapal moden yang lebih cekap penggunaan bahan api.

 

"Inisiatif ini dijangka meningkatkan kecekapan operasi selain mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan intensiti pelepasan karbon keseluruhan," kata MISC.

 

Dari sudut risiko, syarikat menjelaskan kontrak sewaan masa itu tertakluk kepada risiko komersial, pelaksanaan projek dan operasi yang lazim dalam industri perkapalan.

 

Bagaimanapun, MISC berkata, pihaknya akan melaksanakan langkah mitigasi yang bersesuaian menerusi kawalan dalaman yang mantap serta pengalaman dan kepakaran operasi yang dimiliki.

 

Dari segi kewangan, MISC berkata projek itu tidak akan memberi kesan terhadap modal saham atau struktur pegangan saham syarikat.

 

Selain itu, ia dijangka tidak memberi impak material terhadap kedudukan kewangan Kumpulan MISC termasuk pendapatan sesaham (EPS), tahap penggearan dan aset bersih sesaham bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2026. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved