Perdana Petroleum raih kontrak sewaan kapal AWB daripada Keyfield Serenity

LocalBusiness & Finance
30 Jul 2026 • 6:01 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Perdana Petroleum raih kontrak sewaan kapal AWB daripada Keyfield Serenity Image from: Perdana Petroleum raih kontrak sewaan kapal AWB daripada Keyfield Serenity hamden30/07/2026 - 18:01 Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 30 Julai - Perdana Petroleum Berhad (PPB) menerusi anak syarikat milik penuhnya, Perdana Nautika Sdn Bhd (PNSB), memperoleh kontrak sewaan satu unit tongkang kerja penginapan (AWB) daripada Keyfield Serenity Sdn Bhd.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, PPB berkata PNSB menerima surat anugerah kontrak daripada Keyfield Serenity pada 21 Mei 2026 bagi penyewaan satu unit AWB bersama kru dan peralatan berkaitan.

 

Kontrak berkenaan mempunyai tempoh selama 241 hari dengan pilihan lanjutan selama 30 hari lagi, menjadikan tempoh maksimum sehingga 271 hari.

 

Kontrak itu dijangka bermula pada 9 Julai 2026, manakala nilai anggaran kontrak adalah berdasarkan arahan kerja yang dikeluarkan oleh pihak penyewa.

 

Bagaimanapun, PPB berkata nilai kontrak tidak didedahkan berikutan terikat dengan klausa kerahsiaan dan privasi yang dipersetujui dalam perjanjian berkenaan.

 

Di bawah kontrak tersebut, PNSB bertanggungjawab menyediakan sebuah AWB bersama kru serta peralatan bagi melaksanakan perkhidmatan selama 24 jam, termasuk bantuan operasi, kemudahan penginapan, kerja mengangkat dan operasi luar pesisir.

 

PPB menjangkakan kontrak itu akan memberi sumbangan positif kepada pendapatan serta aset bersih kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2026 dan 2027.

 

Syarikat turut menjelaskan kontrak tersebut tidak memberi sebarang kesan terhadap modal saham atau struktur pegangan saham PPB.

 

Menurut PPB, risiko berkaitan kontrak berkenaan adalah risiko operasi biasa yang boleh dikawal menerusi sistem pengurusan projek serta kawalan perniagaan dalaman kumpulan.

 

Lembaga Pengarah PPB berkata penerimaan kontrak berkenaan adalah demi kepentingan terbaik syarikat. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved