Misteri bau busuk bongkar penemuan mayat pensyarah

10 Mar 2026 • 5:57 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Lokasi kediaman seorang pensyarah yang ditemukan meninggal dunia susulan bau busuk yang dihidu jiran di Kampung Gelam Mas, Keluang, Besut.
image is not available
Lokasi kediaman seorang pensyarah yang ditemukan meninggal dunia susulan bau busuk yang dihidu jiran di Kampung Gelam Mas, Keluang, Besut.

​BESUT – Misteri bau busuk yang dihidu penduduk di Kampung Gelam Mas, Keluang di sini akhirnya terjawab dengan penemuan mayat seorang pensyarah universiti tempatan di kediamannya pada pagi Selasa.

​Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Mohd Rozaime Ab Rahim berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada orang awam sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

​"Mayat lelaki berusia 49 tahun itu ditemui kira-kira jam 9.38 pagi. Pemeriksaan awal di lokasi mendapati tiada sebarang kecederaan fizikal pada tubuh mangsa dan tiada unsur jenayah dikesan di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

​Menurut Mohd Rozaime, sebelum ini mangsa difahamkan mempunyai sejarah penyakit jantung.

**media[3458911]**

​Beliau berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Besut untuk proses bedah siasat.

​"Hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian adalah disebabkan Coronary Artery Atherosclerosis atau penyakit jantung.

​"Kes diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR)," katanya.

​Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa peka dan segera memaklumkan kepada pihak berkuasa sekiranya mengesan sebarang perkara luar biasa atau mencurigakan di kawasan kediaman mahupun komuniti masing-masing.