Pensyarah Ditemui Meninggal Dunia Di Kediaman Di Besut - Polis

10 Mar 2026 • 5:15 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pensyarah Ditemui Meninggal Dunia Di Kediaman Di Besut - Polis

BESUT -- Mayat seorang pensyarah lelaki, 49, ditemukan di sebuah kediaman di Kampung Gelam Mas, Keluang, Besut pada 9.38 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Besut, Superitenden Mohd Rozaime Ab Rahim berkata pihaknya mengesahkan penemuan mayat berkenaan selepas menerima makluman daripada orang awam mengenai bau busuk dari kediaman berkenaan.

Hasil pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang kecederaan atau unsur jenayah terhadap mangsa yang merupakan seorang pensyarah di sebuah universiti tempatan.

Baca juga:

Bagaimanapun, mangsa diketahui mempunyai sejarah penyakit jantung.

"Mayat telah dibawa ke unit forensik Hospital Besut untuk bedah siasat, yang mengesahkan kematian akibat coronary artery atherosclerosis iaitu penyakit jantung. Kes ini diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR).

"Orang ramai dinasihatkan untuk terus memaklumkan pihak berkuasa jika mengesan sebarang perkara luar biasa di premis kediaman atau komuniti mereka," maklum beliau dalam satu kenyataan pada hari ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved