“Moga Bangkit Kembali..” – Motosikal Lama Pos Malaysia Dilelong, Ramai Luah Rasa Sedih

LocalBusiness & Finance
18 Nov 2024 • 10:01 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, Pos Malaysia ada memuat naik satu video di platform TikTok memaparkan telah melupuskan aset mereka tersendiri iaitu motosikal lama yang digunakan untuk menghantar surat.

Hantaran video tersebut telah meraih perhatian warganet dan rata-rataanya berasa sayu melihat keadaan motosikal lama Pos Malaysia yang sebelum ini banyak berjasa untuk waktu yang lama.

image is not available

image is not available

image is not available

Enggan mensia-siakan motosikal yang ingin dilupuskan itu, pihak G-Mart Group iaitu sebuah gudang automotif, kenderaan baharu dengan pengedar 4S dan pengimport & pengedar kenderaan terpakai mahu menawarkan motosikal tersebut secara lelong buat orang ramai.

Alhamdulilah dalam sebulan itu (Ogos 2024), kami telah berjaya pergi ke seluruh semenanjung Malaysia untuk mengumpulkan aset-aset Pos Malaysia untuk dibawa masuk kedalam G-Mart Auction House kami yang bertempat di Hulu Langat.

Acara lelongan tersebut difahamkan dilakukan secara atas talian, tetapi pembida diminta untuk datang ketempat lelongan untuk melihat sendiri keadaan motosikal terlebih dahulu untuk elak ‘terbida’ motosikal yang rosak teruk.

image is not available 4 days ago

"Cecah RM1.8 Juta.." - Satu Dalam Seribu, Bos Belanja 31 Kereta Buat Pekerja Sebagai Tanda Terima Kasih