KPWKM sedia bantu psikososial kepada keluarga Irene Sofiya

LocalFamily & Parenting
5 Oct 2026 • 4:55 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: KPWKM sedia bantu psikososial kepada keluarga Irene Sofiya

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bersedia menyediakan bantuan psikososial kepada keluarga mangsa sekiranya diperlukan susulan tragedi membabitkan seorang pelajar perempuan ditemukan meninggal dunia di sebuah sekolah di Johor, Sabtu lalu.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, bagaimanapun pendekatan itu perlu mengambil kira keadaan emosi keluarga yang masih dalam fasa berduka dan tidak wajar dilakukan secara tergesa-gesa.

“Setakat ini belum ada (ahli keluarga) yang tampil (mendapatkan bantuan). Kami juga tidak mahu menganggu keluarga (mangsa) yang sedang berduka ketika ini.

“Kalau diperlukan untuk kami melawat keluarga, kami lebih kepada membantu daripada segi psikososial keluarga,” katanya selepas merasmikan Forum Kebahagiaan Rumah Tangga “Tenangkan Emosi, Eratkan Kasih” di sini hari ini .

Nancy berkata, KPWKM setakat ini juga belum mengadakan libat urus rasmi dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkaitan sokongan psikologi kepada pelajar, namun perbincangan secara tidak rasmi ada dilakukan.

Katanya, KPM mempunyai ribuan kaunselor sendiri yang boleh memainkan peranan dalam memberikan sokongan psikologi kepada pelajar.

“Setakat ini tidak ada (libat urus rasmi), tetapi cuma secara tidak rasmi kita ada berbincang. KPM memang ada kaunselor mereka sendiri seramai 7,000 lebih atau 8,000 lebih.

“Jadi, saya rasa mereka juga sudah diberi latihan yang bersesuaian. Kalau mereka perlu bekerjasama dengan lembaga kaunselor kami, kami terbuka untuk bekerjasama,” katanya.

Terdahulu, seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat ditemui maut dipercayai dibunuh di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, Batu Pahat.

Mangsa berusia 16 tahun ditemui neneknya yang datang ke sekolah berkenaan selepas menyedari cucunya tidak pulang ke rumah kira-kira pukul 5.30 petang. – UTUSAN

The post KPWKM sedia bantu psikososial kepada keluarga Irene Sofiya appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved