Pembantu peribadi penyanyi dan pelakon Bella Astillah, Niel Rafeq tampil memberi peringatan kepada orang ramai yang menerima kad jemputan supaya tidak mendedahkan butiran terperinci berkaitan majlis berkenaan di media sosial.
Menerusi satu hantaran di Threads, Niel meminta penerima jemputan menggunakan pertimbangan sewajarnya demi menjaga privasi pihak yang menjemput.

“Hi semua. Sedikit reminder untuk yang dah terima kad jemputan, mohon common sense untuk jaga privacy beberapa details ya,” tulisnya.
Menurut Niel, sekiranya penerima mahu berkongsi mengenai jemputan tersebut di media sosial, mereka hanya disarankan memuat naik bahagian hadapan kad tanpa mendedahkan maklumat lain yang lebih terperinci.
View this post on Instagram
“Kalau nak post, boleh share gambar depan kad sahaja. Cuma mohon jasa baik jangan reveal secara details.
“Kita hormati majlis orang yang menjemput. Terima kasih atas kerjasama semua,” katanya.
Peringatan tersebut dipercayai dibuat bagi memastikan maklumat berkaitan majlis berkenaan kekal terjaga dan tidak tersebar secara berlebihan di media sosial sebelum waktunya.
Bagaimanapun, Niel tidak memperincikan jenis majlis atau maklumat khusus yang dimaksudkan dalam peringatan tersebut.
Perkongsian itu dalam masa sama mengingatkan penerima jemputan supaya menghormati privasi tuan rumah, terutama apabila melibatkan butiran yang tidak sepatutnya dikongsikan secara terbuka.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Saya Tak Boleh Dekat Dengan Dia" - Pelakon Wanita Dedah Dilarang Hampiri Suami Berikutan Kes Mahkamah
The post “Mohon Common Sense Untuk Jaga Privacy” – PA Bella Astillah Beri Peringatan Kepada Penerima Kad Jemputan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




