Syed Saddiq Hantar Sendiri Kad Kahwin Kepada Tun Mahathir & Tun Hasmah, Minta Petua Rumah Tangga

12 Sep 2026 • 7:11 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Syed Saddiq Hantar Sendiri Kad Kahwin Kepada Tun Mahathir & Tun Hasmah, Minta Petua Rumah Tangga

KUALA LUMPUR – Menjelang hari bahagianya bersama Bella Astillah, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengambil kesempatan untuk menghantar sendiri kad jemputan perkahwinan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Menerusi perkongsian di Threads, Ahli Parlimen Muar itu berkongsi beberapa foto ketika bertemu pasangan berkenaan yang bakal menjadi antara tetamu istimewa pada majlis perkahwinannya.

Anggap Tun Mahathir & Tun Hasmah Tetamu Istimewa

Syed Saddiq menyifatkan Tun Mahathir dan Tun Hasmah sebagai “special guests paling senior dalam senarai, tapi masih pasangan paling muda di hati.”

Pertemuan tersebut turut berlangsung dalam suasana santai apabila Syed Saddiq sempat berbual dan bergambar bersama Tun Mahathir serta Tun Hasmah.

Sempat Minta Petua Perkahwinan

Lebih menarik, Syed Saddiq turut mengambil peluang untuk mendapatkan nasihat daripada pasangan yang telah melalui puluhan tahun kehidupan berumah tangga itu.

“Nak masuk alam perkahwinan, mestilah kena minta petua daripada pasangan paling berpengalaman di Malaysia ,” tulisnya.

Syed Saddiq dan Bella Astillah dijadualkan melangsungkan perkahwinan pada 10 Oktober 2026.

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian ramai dengan pengguna media sosial memuji tindakan Syed Saddiq yang memilih untuk menyerahkan sendiri kad jemputan kepada Tun Mahathir dan Tun Hasmah. – The Malaysian Update

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved