Monitor Alienware AW2726DL Dengan Kadar Segar Semula 280Hz Kini Dijual Pada Harga RM609

TechnologyGaming
29 Jul 2026 • 11:52 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Jika anda sedang mencari sebuah paparan skrin gaming besar dengan resolusi dan juga kadar segar semula tinggi pada harga yang berpatutan, Dell Malaysia baru-baru ini telah membawa masuk paparan skrin terbaru dibawah jenama gaming Alienware mereka, iaitu Alienware AW2726DL.

Paparan skrin Alienware AW2726DL ini menggunakan panel IPS yang bersaiz 27 inci dengan resolusi 2560×1440 dengan kadar segar semula setinggi 280Hz dan menyokong teknologi grafik AMD FreeSync Premium untuk olahan grafik yang bebas carikan skrin yang seringkali dilihat pada paparan skrin dengan kadar segar semula tinggi.

Image from: Monitor Alienware AW2726DL Dengan Kadar Segar Semula 280Hz Kini Dijual Pada Harga RM609

Alienware 2726DL ini tampil dengan kemampuan untuk mengolah 93 peratus daripada gamut warna DCI-P3 dan menurut Dell lagi, mempunyai sudut pandangan 178 darjah jadi jika anda bermain permainan yang memerlukan anda untuk berkongsi paparan dengan rakan ataupun keluarga, sudut pandangan lebar ini memastikan anda mendapat kualiti paparan yang terbaik tidak kira dimana sudut pandangan anda.

Sebagai ciri ergonomik, Alienware 2726DL ini boleh diubahsuai ketinggian, kecondongan dan juga kedudukan paparan dari kiri ke kanan untuk membolehkan anda meletakkan paparan ini di kedudukan yang sesuai untuk pengguna.

Image from: Monitor Alienware AW2726DL Dengan Kadar Segar Semula 280Hz Kini Dijual Pada Harga RM609

Dari segi sokongan palam pula, paparan skrin ini tampil dengan satu palam HDMI 2.1 dan juga DisplayPort 1.4 yang mana kedua-dua palam ini boleh digunakan untuk mengaktifkan Fast Mode dan Extreme Mode untuk menggunakan kadar segar semula 280Hz yang sesuai digunakan bersama permainan-permainan penembak pertama seperti Valorant, Counter-Strike ataupun permainan MOBA seperti League of Legends dan DoTA 2.

Dell Malaysia sudah mula menawarkan paparan skrin ini untuk pasaran Malaysia pada tanda harga mampu milik RM609 melalui laman web mereka, dan akan didatangkan juga dengan kabel DisplayPort 1.4 untuk disambungkan kepada komputer anda.

Sumber: Dell Malaysia

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved