Monsun Timur Laut dijangka bermula Selasa ini hingga Mac 2027

LocalEnvironment
25 Oct 2026 • 4:15 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Monsun Timur Laut dijangka bermula Selasa ini hingga Mac 2027

 

KUALA LUMPUR: Negara dijanga berdepan Monsun Timur Laut bermula Selasa ini dan akan berterusan sehingga Mac tahun depan.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip, berkata ketika monsun berkenaan, lazimnya angin bertiup secara konsisten dari arah timur laut.

“Ketika fasa awal Monsun Timur Laut dari November hingga Januari 2027, tiga hingga lima episod hujan lebat berterusan dijangka berlaku. Ia boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan berhampiran sungai dan berkedudukan rendah.

“Tiupan angin timur laut secara berterusan dan kencang juga boleh menyebabkan laut bergelora risiko kenaikan paras laut di perairan Laut China Selatan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Hisham berkata, menjelang fasa akhir Monsun Timur Laut dari Januari hingga Mac tahun depan, taburan hujan juga dijangka berkurangan, terutama di negeri utara Semenanjung dan Sabah.

Katanya, keadaan itu akan menyebabkan cuaca panas dan kering serta berpotensi berlakunya gelombang haba lebih ekstrem berikutan pengaruh fenomena El Niño sangat kuat yang sedang berlaku.

“Orang ramai dinasihatkan supaya bersiap sedia menghadapi keadaan cuaca yang berlaku semasa Monsun Timur Laut.

“Sentiasa peka kepada maklumat, nasihat ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MET Malaysia melalui laman web www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca media sosial rasmi serta talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638,” katanya.

 

The post Monsun Timur Laut dijangka bermula Selasa ini hingga Mac 2027 appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved