MTL: FAMA sedia 15 pusat operasi utama bekalan makanan

LocalFood
24 Oct 2026 • 11:24 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: MTL: FAMA sedia 15 pusat operasi utama bekalan makanan

KUALA TERENGGANU – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyediakan pusat operasi utama di 15 lokasi seluruh negara bagi memastikan bekalan makanan mencukupi sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL) yang bakal bermula Selasa depan.

Ketua Pengarah FAMA, Faisal Iswardi Ismail berkata, persediaan itu turut melibatkan penyediaan stok penimbal bagi menghadapi kemungkinan gangguan bekalan terutama melibatkan beberapa negeri yang bakal terjejas banjir.

Beliau berkata, FAMA turut bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi memastikan bekalan makanan dapat disalurkan ke kawasan yang terjejas khususnya ke Pantai Timur.

“Di Pantai Timur, kita mempunyai tiga pusat iaitu di Kota Bharu, Kelantan; Kuala Terengganu, Terengganu; dan Kuantan, Pahang bagi menyediakan bekalan pada musim banjir.

“Selain itu, sebanyak 15 lokasi pusat operasi utama di seluruh negara bagi memastikan bekalan makanan sentiasa tersedia,” katanya di Dataran Shahbandar di sini, hari ini.

Faisal berkata, sebanyak 34 komoditi pertanian termasuk produk makanan diproses turut akan diberi perhatian dalam usaha memastikan keperluan pengguna dapat dipenuhi sepanjang tempoh MTL berkenaan.

Menurut beliau, FAMA turut mengambil langkah meningkatkan pengeluaran hasil pertanian di kawasan yang dijangka tidak terjejas banjir bagi mengimbangi kemungkinan kekurangan bekalan dari negeri dilanda bencana kelak. – KOSMO! ONLINE

The post MTL: FAMA sedia 15 pusat operasi utama bekalan makanan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved