Morbidelli T250 & T250X Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Bermula RM7,988

LocalCars
29 Jul 2026 • 8:26 PM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

Image from: Morbidelli T250 & T250X Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Bermula RM7,988

Morbidelli Malaysia secara rasmi memperkenalkan dua model dwi-guna terbaharunya, Morbidelli T250 dan T250X ke pasaran tempatan, menawarkan kombinasi prestasi, ketahanan serta praktikaliti untuk kegunaan harian dan pengembaraan ringan. Kedua-dua model ini ditawarkan pada harga bermula RM7,988 dan hadir dengan pelbagai ciri moden bagi memenuhi keperluan penunggang di Malaysia.

Morbidelli T250 dijual pada harga RM7,988 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans) dalam pilihan warna Bulk Black, Anarchy Grey dan Carnage Red. Model ini dikuasakan enjin 249.4cc satu silinder, SOHC, penyejukan minyak yang menghasilkan 18.0 kW pada 8,000 rpm dan 23.0 Nm pada 6,000 rpm, dipadankan bersama transmisi enam kelajuan serta sistem suntikan bahan api elektronik (EFI).

Bagi aspek pengendalian, T250 menggunakan fork teleskopik terbalik (USD) di hadapan bersama monoshock boleh laras preload di belakang. Sistem brek cakera hadapan dan belakang dilengkapi ABS dwi saluran, manakala tayar bersaiz 90/90-19 di hadapan dan 110/90-17 di belakang menjadikannya sesuai digunakan di jalan berturap mahupun laluan tidak berturap.

Dari segi kelengkapan, Morbidelli T250 hadir dengan paparan meter digital, port pengecas USB Type-A, sistem pencahayaan LED penuh serta handguard untuk memberikan perlindungan tambahan ketika menunggang.

Sementara itu, Morbidelli T250X ditawarkan pada harga RM9,888 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans) dengan pilihan warna Bulk Black, Anarchy Grey dan Raptor Yellow. Ia menggunakan enjin yang sama seperti T250, namun dilengkapi beberapa penambahbaikan yang lebih sesuai untuk tunggangan pengembaraan dan laluan mencabar.

Image from: Morbidelli T250 & T250X Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Bermula RM7,988

Antara ciri tambahan pada T250X ialah kaliper brek dua piston, port USB Type-A di kedua-dua sisi panel meter, suis keselamatan tongkat sisi, cermin pelindung angin serta handguard. Dengan berat siap diisi 144 kg, model ini direka untuk memberikan lebih keselesaan dan kawalan ketika menunggang di laluan jalan raya atau off-road ringan.

Morbidelli Malaysia turut menawarkan waranti dua tahun tanpa had perbatuan bagi setiap pembelian T250 dan T250X, selain kemudahan pembelian alat ganti tulen secara dalam talian bagi memberikan sokongan selepas jualan kepada pemilik.

Pelancaran Morbidelli T250 dan T250X dilihat memperkukuh lagi pilihan dalam segmen motosikal dwi-guna bawah 250cc di Malaysia, khususnya bagi penunggang yang mahukan sebuah jentera mampu milik dengan ciri keselamatan moden, prestasi mencukupi serta keselesaan untuk kegunaan harian dan pengembaraan hujung minggu.

The post Morbidelli T250 & T250X Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Bermula RM7,988 appeared first on TW Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved