MOTAC Pacu Transformasi Digital, AI Untuk Bentuk Masa Depan Pelancongan Malaysia

30 Sep 2026 • 2:35 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

LM Featured Image 900 x 550 px 2160 x 1080 px 22

Kalau korang ingat teknologi digital dan AI hanya berkait dengan media sosial atau kerja pejabat, sebenarnya teknologi ini juga semakin memainkan peranan penting dalam industri pelancongan.

Sempena Hari Pelancongan Sedunia (WTD) 2026, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengetengahkan potensi teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) untuk membentuk masa depan sektor pelancongan Malaysia.

Sambutan Hari Pelancongan Sedunia 2026 Diadakan Selama Lima Hari

WhatsApp Image 2026 09 30 at 10.02.58 AM

MOTAC menganjurkan Sambutan Hari Pelancongan Sedunia 2026 Peringkat Kementerian selama lima hari, bermula 28 September hingga 2 Oktober 2026 di lobi MOTAC.

Hari Pelancongan Sedunia yang disambut pada 27 September setiap tahun mengiktiraf peranan sektor pelancongan dalam menghubungkan masyarakat, menjana pertumbuhan ekonomi, membuka peluang pekerjaan serta memelihara budaya dan warisan.

Untuk tahun ini, sambutan tersebut membawa tema “Digital Agenda and Artificial Intelligence to Redesign Tourism” yang mengetengahkan potensi teknologi digital serta AI dalam membentuk masa depan sektor pelancongan.

Teknologi Digital Dan AI Boleh Bantu Pelancong Kenali Malaysia

WhatsApp Image 2026 09 30 at 10.03.02 AM

Menurut Ketua Setiausaha MOTAC, Dato’ Shaharuddin Abu Sohot, kepelbagaian budaya, kekayaan warisan serta keindahan alam semula jadi merupakan antara kekuatan utama Malaysia sebagai destinasi pelancongan.

Malah, teknologi digital dan AI dilihat mampu membantu lebih ramai pelancong menemui keunikan yang ada di Malaysia, selain memudahkan mereka merancang perjalanan.

“Teknologi digital dan AI boleh membantu lebih ramai pelancong menemui keunikan Malaysia, memudahkan perancangan perjalanan dan membolehkan destinasi diurus dengan lebih cekap.

“Potensinya juga perlu dimanfaatkan oleh pengusaha kecil serta komuniti setempat supaya manfaat pertumbuhan pelancongan dapat dinikmati dengan lebih meluas.”

Dalam Masa Sama, Alam Sekitar Dan Warisan Tetap Perlu Dijaga

WhatsApp Image 2026 09 30 at 10.03.04 AM

Walaupun teknologi semakin berkembang, kemajuan tersebut menurut beliau perlu bergerak seiring dengan tanggungjawab untuk memelihara alam sekitar, warisan dan nilai budaya.

“Pada masa yang sama, kemajuan teknologi mesti seiring dengan tanggungjawab kita memelihara alam sekitar, warisan dan nilai budaya.

“Inilah asas kepada sektor pelancongan yang berdaya saing, lestari dan kekal bermakna untuk generasi akan datang.”

MOTAC turut menjadikan sambutan di peringkat kementerian ini sebagai ruang untuk meningkatkan kesedaran mengenai penggunaan teknologi secara berhemah dalam aspek promosi, perkhidmatan dan pengurusan destinasi.

Pada masa sama, kementerian turut menekankan kepentingan kemahiran digital serta penyertaan pemain industri dan komuniti supaya perubahan yang dibawa teknologi dapat memberi manfaat kepada semua.

Selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dan kempen Melawat Malaysia 2026–2027, MOTAC akan terus menggalakkan pembangunan sektor pelancongan yang lebih pintar, inklusif dan lestari, sekali gus memperkukuh sumbangannya kepada ekonomi serta kesejahteraan rakyat.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved