Moto3: Hakim Danish buru petak hadapan

10 Sep 2026 • 7:20 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Moto3: Hakim Danish buru petak hadapan

PELUMBA Moto3 negara, Hakim Danish Ramli enggan mengulangi keputusan hambar di Grand Prix (GP) Aragon apabila memburu penamat lebih kompetitif pada GP San Marino di Litar Misano, bermula esok.

Sebagai rekod, pelumba AEON Credit-MT Helmets-MSi itu menamatkan perlumbaan di tempat ke-12 di Aragon untuk mengutip 90 mata keseluruhan selepas mengharungi 13 perlumbaan musim ini.

Menurut Hakim Danish, keputusan tersebut menjadi pembakar semangat untuk kembali menggegar kelompok hadapan walaupun sedar persaingan di Misano bukan mudah.

“Saya tidak sabar untuk memberikan yang terbaik di San Marino. Saya sudah kaji semula (kelemahan) perlumbaan di Aragon dan mengenal pasti beberapa perkara yang perlu diperbaiki.

“Saya mahu menyesuaikan diri dengan litar dan keadaan lebih cepat, terutama pada sesi awal perlumbaan. 

“Pada masa sama, saya perlu mendapatkan keyakinan serta keserasian yang lebih baik dengan jentera (sepanjang hari perlumbaan nanti),” katanya.

Dengan baki sembilan perlumbaan pada musim ini, pelumba berusia 19 tahun dari Terengganu itu itu mengakui setiap mata amat berharga buat dalam misi memperbaiki kedudukan keseluruhan.

“Perkara utama adalah untuk terus mengutip mata sebanyak mungkin dalam setiap perlumbaan. 

“Saya mahu lebih konsisten, mengurangkan kesilapan dan cuba berada dalam kelompok hadapan supaya dapat membawa pulang mata penting dari San Marino,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

The post Moto3: Hakim Danish buru petak hadapan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved