Moto3: Hakim Danish mahu bangkit

29 Oct 2026 • 9:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Moto3: Hakim Danish mahu bangkit

PELUMBA Moto3 negara, Hakim Danish Ramli bertekad memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri terutama mencabar kelompok hadapan pada Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hujung minggu ini.

Pelumba berusia 19 tahun itu mahu bangkit daripada kekecewaan di GP Australia minggu lalu apabila sekadar layak di petak ke-25 pada penampilan sulungnya di Litar Phillip Island sebelum perlumbaan dibatalkan susulan cuaca buruk.

Justeru, pelumba pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi itu mahu memulakan saingan dengan aksi terbaik menerusi sesi latihan bebas pada Jumaat bagi mencari tetapan jentera terbaik sebelum memburu kedudukan lebih baik pada sesi kelayakan, Sabtu.

Lebih penting, Hakim Danish berharap dapat menterjemahkan kelebihan beraksi di hadapan penyokong sendiri dengan keputusan positif, sekali gus membuka peluang untuk mencabar podium pada perlumbaan, Ahad.

“Minggu ini adalah minggu perlumbaan di laman sendiri dan saya sangat gembira serta teruja untuk beraksi di GP Malaysia. Semestinya saya lebih bersemangat dan tidak sabar untuk turun ke litar.

“Sudah tentu saya mahu memberikan yang terbaik untuk pasukan, Malaysia, keluarga dan semua orang. Saya berharap dapat melakukan yang terbaik sepanjang hujung minggu ini,” katanya.

Sementara itu, pengurus pasukan yang juga bekas pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin, mahu Hakim Danish menjadikan sorakan padu penyokong tempatan sebagai pembakar semangat untuk mempamerkan aksi terbaik di litar.

“Danish sudah membuktikan kemampuannya musim ini menerusi kemenangan di Brno. Kami mahu dia membawa keyakinan itu ke Sepang, bekerja keras dalam setiap sesi dan mengambil peluang yang ada untuk meraih keputusan terbaik.

“Paling penting, kami mahu dia menikmati perlumbaan di hadapan penyokong sendiri, kekal fokus dan memberikan segala-galanya bermula daripada sesi latihan pertama,” katanya.

The post Moto3: Hakim Danish mahu bangkit appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved