Moto3: Hakim Danish sudah buat 'ulang kaji', elak dua kesilapan terakhir

20 Oct 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Moto3: Hakim Danish sudah buat 'ulang kaji', elak dua kesilapan terakhir

Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli, sedia mengharungi penampilan sulung di Litar Phillip Island, hujung minggu ini -- Grand Prix (GP) terakhir sebelum aksi di Litar Antarabangsa Sepang yang bakal membuka tirai pada minggu hadapan.

Hakim Danish menyifatkan litar tersebut sebagai amat teknikal maka dia perlu fokus untuk tidak mengulangi kesilapan dalam dua GP lalu. 

Sebagai rekod, Hakim Danish menamatkan perlumbaan GP Indonesia di tempat ke-18, manakala berjaya bangkit di GP Jepun dengan menduduki tempat ke-12 setelah memulakan perlumbaan di petak ke-21.

"Saya telah menjalani latihan sepanjang berada di Malaysia. 

"Saya juga banyak menonton perlumbaan-perlumbaan lepas bersama jurulatih saya, Zulfahmi Khairuddin, untuk menilai sendiri kesilapan-kesilapan yang pernah saya lakukan serta cuba untuk memperbaikinya'" ujarnya. 


Hakim Danish juga mengakui bahawa dia telah melakukan perlumbaan simulasi untuk memberi lebih gambaran jelas buatnya untuk beraksi di atas litar tersebut buat pertama kali.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved