MotoGP: Acosta enggan impian menggunung

18 Nov 2026 • 10:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: MotoGP: Acosta enggan impian menggunung

ALGARVE – Pelumba Sepanyol, Pedro Acosta tidak mahu terlalu terburu-buru memasang impian memburu gelaran dunia MotoGP 2027 sebaliknya meletakkan sasaran lebih realistik dengan menamatkan perlumbaan secara konsisten dalam kelompok lima terbaik.

Acosta yang bakal menyertai Ducati musim depan mengakui perlu melalui proses penyesuaian terlebih dahulu sebelum memikirkan peluang mencabar kejuaraan dunia, meskipun sudah mencipta kemenangan sulung MotoGP pada Grand Prix (GP) Austria, September lalu.

Acosta berkata, kejayaan di laman sendiri itu cukup bermakna, namun tidak mengubah pandangannya bahawa masih banyak yang perlu dicapai dalam kariernya.

“Sejujurnya, kehidupan saya tidak berubah langsung biarpun mencipta kemenangan GP. Saya terlalu lama mengimpikan kemenangan itu sehingga apabila ia akhirnya menjadi kenyataan, saya merasakan seperti sudah pernah mengalaminya.

“Namun, ia membuatkan saya mahukan lebih banyak kemenangan kerana itu hanya satu kemenangan. Saya masih memerlukan lebih banyak lagi,” katanya.

Musim 2027 bakal membuka lembaran baharu buat Acosta apabila dia bergandingan Marc Marquez di Ducati.

Peluang berkongsi garaj dengan pelumba berpengalaman itu disifatkan sebagai ruang terbaik untuk menimba ilmu, khususnya dalam aspek pengurusan perlumbaan dan strategi.

Acosta turut menyifatkan Marquez sebagai pelumba terhebat dalam sejarah sukan permotoran itu, selain mengakui banyak perkara boleh dipelajari menerusi pengalaman dan pendekatan rakan sepasukannya berkenaan. – AGENSI

The post MotoGP: Acosta enggan impian menggunung appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved