MotoGP Malaysia 2026 perkukuh kedudukan negara sebagai destinasi sukan permotoran dunia – PM Anwar

3 Nov 2026 • 4:40 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: MotoGP Malaysia 2026 perkukuh kedudukan negara sebagai destinasi sukan permotoran dunia – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kejayaan penganjuran PETRONAS MotoGP Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang membuktikan keupayaan negara sebagai tuan rumah acara sukan permotoran dunia sambil menjana limpahan ekonomi tempatan.

KUALA LUMPUR: Kejayaan penganjuran PETRONAS Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia 2026 bukan sekadar mengukuhkan reputasi negara sebagai tuan rumah acara sukan permotoran bertaraf dunia, malah menjadi pemangkin aktiviti ekonomi tempatan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“PETRONAS Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia 2026 sekali lagi membuktikan keupayaan negara menganjurkan acara sukan bertaraf dunia yang bukan sahaja menarik perhatian peminat sukan permotoran, malah membawa limpahan manfaat kepada rakyat dan ekonomi tempatan,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau berkata semangat serta sokongan semua pihak menjadi antara faktor penting yang menyumbang kepada kejayaan penganjuran edisi tahun ini.

“Tahniah kepada seluruh pihak yang menjayakannya. Semoga momentum ini terus mengangkat nama Malaysia di persada sukan permotoran dunia,” kata beliau.

MotoGP Malaysia 2026 yang berlangsung dari 30 Okt hingga 1 Nov di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) merekodkan kira-kira 196,000 pengunjung sepanjang tiga hari penganjuran.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved