MotoGP: Marini sah sertai Tech3 KTM

29 Aug 2026 • 11:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: MotoGP: Marini sah sertai Tech3 KTM

ARAGON – Pelumba Itali, Luca Marini mengesahkan perpindahannya ke pasukan Tech3 KTM bagi mengharungi saingan Kejuaraan MotoGP musim 2027 dan 2028, sekali gus menamatkan perjalanannya tiga musim bersama Honda.

Marini, 29, yang kini menjadi sebahagian daripada pasukan kilang Honda bakal memulakan cabaran baharu bersama jentera KTM selepas Tech3 mengumumkan persetujuan kontrak dua tahun.

Perpindahan itu turut menyaksikan Marini menjadi antara pelumba penting dalam rombakan besar-besaran barisan pelumba KTM menjelang pengenalan peraturan baharu MotoGP pada 2027.

Menariknya, Tech3 yang kini berada di bawah pemilikan baharu diketuai Guenther Steiner bertanggungjawab mendapatkan pelumba sendiri untuk musim depan, meskipun masih memerlukan kelulusan KTM sebagai pembekal jentera dan sokongan teknikal.

Marini dikatakan pada awalnya bukan dalam radar utama Tech3 dan KTM, namun minat itu berubah selepas ejennya menghubungi Steiner ketika Grand Prix (GP) Itali sebelum pertemuan susulan dengan ketua sukan permotoran KTM, Pit Beirer pada Jun lalu.

Mengulas keputusan menyertai KTM, Marini mengakui dia sebenarnya mempunyai peluang untuk menyertai Yamaha bagi musim 2027 sebelum memilih projek Tech3 KTM.

“Sudah pasti ada peluang (bersama Yamaha), tetapi pada akhirnya saya cuba melakukan yang terbaik dan membuat keputusan yang betul. Semuanya berlaku seperti ini dan sekarang saya hanya mahu menikmati musim depan,” katanya. – AGENSI

The post MotoGP: Marini sah sertai Tech3 KTM appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved