MotoGP: Pelumba kritik permukaan litar Sepang

31 Oct 2026 • 11:37 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: MotoGP: Pelumba kritik permukaan litar Sepang

SEPANG – Sebaik sahaja berakhir sesi latihan bebas Kejuaaran Motosikal Dunia (MotoGP) Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) semalam, rungutan pelumba berhubung kualiti trek mula kedengaran.

Antara pelumba yang menyuarakan rasa tidak puas hati dengan keadaan litar Sepang adalah pelumba pasukan KTM Racing, Pedro Acosta apabila menyifatkan permukaan trek sudah tidak sempurna.

Kata pelumba dari Sepanyol itu, permukaan litar sudah semakin terjejas apabila batu kecil mula terkeluar sehingga menyebabkan tayar jentera kurang mencengkam ketika mengambil selekoh.

“Seperti setiap tahun, keadaan permukaan trek nampaknya semakin teruk. Ada bahagian yang kelihatan sudah rosak dan kehilangan lapisan permukaannya.

“Sejujurnya, tidak banyak bonggol di litar ini tetapi apabila melalui bahagian permukaan yang benar-benar teruk, agak mudah untuk kehilangan cengkaman tayar hadapan.

“Masalahnya, keadaan ini semakin buruk setiap hari dan setiap tahun. Kali ini, batu-batu kecil juga sudah mula terkeluar daripada permukaan trek,” katanya.

Selain Acosta, beberapa lagi pelumba termasuk pelumba VR46 Racing, Fabio Di Giannantonio turut menyifatkan permukaan trek litar Sepang seperti litar motorcross. – KOSMO! ONLINE

The post MotoGP: Pelumba kritik permukaan litar Sepang appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved