Mozilla Perkenal Maskot Baru Untuk Firefox, Yang Bukan Musang – Dinamakan “Kit”

TechnologyDigital
18 Mar 2026 • 1:23 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available


Mozilla hari ini memperkenalkan maskot baharu untuk jenama pelayar web popular mereka, Firefox. Mozilla memanggilnya sebagai Kit, dan dipasarkan sebagai peneman pengguna untuk era internet baharu. Maskot baharu ini dikatakan di rekabentuk dengan mengambil kira era kecerdasan buatan masa kini, selain menawarkan maskot yang mesra dan ceria.

Menariknya, Mozilla mengatakan Kit bukanlah seekor musang atau pun panda merah, sebaliknya Kit adalah makhluk Firefox tersendiri, tetapi membawakan elemen daripada musang dan juga panda merah, termasuk elemen api.

image is not available

Dengan pengenalan Kit ini, kita mungkin akan melihat pelbagai pemasaran Firefox mula menggunakannya dengan lebih meluas, termasuk melihat grafik dalam pelayar web turut menyertakan elemen maskot ini.

Bagi anda, apa kata anda berkenaan dengan maskot Kit ini?