
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pada Sabtu (1 Mac) lalu, tular di media sosial kejadian seorang kanak-kanak lelaki yang berusia empat tahun cedera parah akibat diserang oleh sekumpulan anjing liar.
Menerusi hantaran tular itu, kanak-kanak berkenaan mengalami kecederaan pada bahagian kepala, badan dan kaki akibat digigit oleh kumpulan haiwan tersebut.
Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa sedang bermain berhampiran rumahnya di Kampung Dede Sungai Menghulu, Langkawi.
Ibu mangsa kemudiannya membuat laporan polis kira-kira jam 12.30 tengahari pada hari yang sama.
Baca Artikel Berkaitan: Rakaman CCTV Dedah Situasi Sebenar Budak 4 Tahun Diserang Anjing Liar [Video]
Wujudkan Pulau Khas Tempatkan Anjing Berkeliaran
Terbaharu, Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah, mencadangkan agar satu pulau khas diwujudkan bagi menempatkan anjing berkeliaran di Langkawi.
Jelasnya, pulau itu boleh dijadikan tempat jagaan kebajikan haiwan tersebut dengan menempatkan pelbagai perkhidmatan fasiliti veterinar.
Malah, ia juga dilihat boleh menjadi satu tarikan pelancongan di pulau lagenda itu.
Sudah Suarakan Masalah Anjing Pada Tahun 2023
Tambah Mohd Suhaimi, masalah anjing berkeliaran telahpun dibawa ke perbahasan Parlimen sejak Mac 2023 serta sudah menggesa pencinta haiwan untuk datang ke pulau dan mengambil anjing-anjing berkenaan.
“Pihak Majlis Perbandaran Langkawi (MPL) telah bertindak cermat dengan membina kandang-kandang. Anjing-anjing ini ditangkap dan dikasi tetapi tidak ditidurkan kerana bangkangan daripada pencinta haiwan.
“Pada September 2023, saya sekali lagi membawa isu ini ke dalam dewan dengan memaklumkan bahawa anjing liar ini hampir setiap minggu menggigit pelancong.
“Tetapi laporan kes-kes ini tidak diperbesarkan kerana mahu menjaga reputasi Langkawi sebagai pusat pelancongan,” katanya yang dipetik daripada Kosmo.
Langkawi Kekurangan Dana Simpan Anjing
Jelasnya lagi, walaupun MPL telah bertindak mengikut bidang kuasa namun Langkawi masih kekurangan dana untuk menyimpang haiwan tersebut.
“Isu ini turut dibawa ke Kamar Khas Parlimen pada 29 November 2023. Data daripada laporan pihak polis menunjukkan 20 kes gigitan anjing antara 2020 hingga 2023, dan Data Kes Notifikasi Gigitan Anjing Liar dan Haiwan Liar Jabatan Kesihatan menunjukkan 16 serangan anjing liar antara 2020 hingga 2023.
“Pada tahun 2022, sebanyak 455 ekor anjing ditangkap pada 2022 dan 440 ekor ditangkap pada 2023.
“Namun ada anjing-anjing yang diserahkan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan telah dilepaskan semula.
“Justeru, saya mencadangkan agar satu pulau khas dikhususkan untuk anjing-anjing ini yang mana ia boleh dijaga dengan kerjasama NGO dan pihak berkuasa tempatan,” katanya lagi.
Baca Artikel Berkaitan: MP Langkawi Cadang Kerajaan Jadikan Hotel GISBH Sebagai Muzium Ajaran Sesat
Baca Artikel Berkaitan: Cadangan Bina MRT Alor Setar – Pekan Kuah, Langkawi Undang Pelbagai Reaksi [Video]
Source:



![“30 Hari 30 Kes Bomba”- Gelagat Individu Gagal Tiru Resipi Khairul Aming Buat Ramai Pecah Perut [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/food.jpeg)
![“Tak Perlu Lari & Lompat” – Lelaki Kongsi Tips Besenam Atasi Masalah Perut Buncit [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/health-and-fitness.jpeg)
![Ramai Sebak Lelaki Berbuka Di Kubur Ibu, Siap Bawa Makanan Kesukaan Insan Tersayang [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/family-and-parenting.jpeg)