MPC Galakkan Pemain Industri Pelancongan Bumiputera Perak Tingkat Produktiviti Melalui Pensijilan MATEX

24 Aug 2026 • 4:38 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

MPC Galakkan Pemain Industri Pelancongan Bumiputera Perak Tingkat Produktiviti Melalui Pensijilan MATEX

MPC Galakkan Pemain Industri Pelancongan Bumiputera Perak Tingkat Produktiviti Melalui Pensijilan MATEX

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) terus memperkukuh usaha meningkatkan produktiviti dan daya saing pemain industri pelancongan Bumiputera di Negeri Perak melalui pendedahan dan galakan kepada penyertaan Program Pensijilan Malaysia Tourism Excellence (MaTEx) sempena Konferens Pengusaha Pelancongan Negeri Perak 2026.

Konferens anjuran Pejabat MARA Negeri Perak bertemakan “Memperkasa Keusahawanan Pelancongan ke Arah Industri yang Lebih Berdaya Saing” ini menghimpunkan kira-kira 200 pemain industri dan pengusaha pelancongan daripada pelbagai subsektor termasuk penginapan, agensi pelancongan dan rekreasi.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Mohd Zolkafly bin Harun, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Negeri Perak. Dalam ucapan perasmian, beliau menekankan peranan konferens sebagai platform memperkukuh ilmu, jaringan strategik serta pendedahan kepada teknologi digital, pembiayaan dan pensijilan. Beliau turut menggalakkan pengusaha pelancongan Bumiputera Perak meneroka peluang baharu dan membangunkan produk berdaya saing untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.

Image from: MPC Galakkan Pemain Industri Pelancongan Bumiputera Perak Tingkat Produktiviti Melalui Pensijilan MATEX

Selaras dengan objektif konferens, Pengarah MPC Wilayah Utara, Encik Mohamad Azrol Mohamad Dali, telah menyampaikan Taklimat Program Pensijilan MaTEx kepada peserta dengan memberi fokus kepada kepentingan peningkatan standard dan kualiti dalam pengoperasian serta pengurusan produk dan perkhidmatan pelancongan. Peserta turut didedahkan kepada kategori pengusaha yang boleh menyertai MaTEx, syarat dan keperluan asas serta proses pensijilan.

MaTEx menyediakan garis panduan dan keperluan asas bagi pengoperasian serta pengurusan produk dan perkhidmatan pelancongan dengan memberi penekanan kepada peningkatan standard dan jaminan kualiti. Pendekatan ini membantu pengusaha menilai tahap pengurusan dan operasi perniagaan serta mengenal pasti ruang penambahbaikan secara lebih sistematik.

Image from: MPC Galakkan Pemain Industri Pelancongan Bumiputera Perak Tingkat Produktiviti Melalui Pensijilan MATEX

Sehingga kini, sebanyak 23 syarikat dalam sektor pelancongan di Negeri Perak telah mendapat pensijilan MaTEx bagi tempoh 2019 hingga 2025, meliputi pelbagai kategori produk dan perkhidmatan pelancongan seperti penginapan, agensi pelancongan, rekreasi dan aktiviti pelancongan.

Penyertaan dalam MaTEx membolehkan pemain industri memperkemas proses kerja dan pengurusan operasi, meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan serta memberikan pengalaman yang lebih baik kepada pelancong. Usaha penambahbaikan ini seterusnya dapat menyumbang kepada peningkatan produktiviti dan pengukuhan daya saing perniagaan.

Image from: MPC Galakkan Pemain Industri Pelancongan Bumiputera Perak Tingkat Produktiviti Melalui Pensijilan MATEX

Selain menyampaikan taklimat, MPC turut membuka reruai pameran sepanjang konferens bagi menyediakan ruang interaksi secara langsung dengan pemain industri. Sebagai rakan strategik, MPC turut menerima Sijil Penghargaan atas sokongan dan kerjasama dalam mendukung agenda pembangunan pelancongan MARA Negeri Perak. Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen MPC dalam menyokong usaha memperkukuh produktiviti, daya saing serta pembangunan ekosistem pelancongan yang lebih mampan.

MPC berharap lebih ramai pemain industri pelancongan Bumiputera di Negeri Perak menyertai Program Pensijilan MaTEx bagi memperkukuh operasi, meningkatkan standard perkhidmatan serta melonjakkan produktiviti dan daya saing ke peringkat nasional dan antarabangsa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved