MPS keluarkan 24 kompaun menerusi operasi bancian penjaja sekitar Gombak

13 Sep 2026 • 11:45 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

MPS keluarkan 24 kompaun menerusi operasi bancian penjaja sekitar Gombak

SHAH ALAM, 13 SEPT: Sebanyak 24 kompaun dan satu inventori direkodkan menerusi Operasi Bersepadu Bancian Penjaja yang dijalankan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di sekitar Gombak, pada 10 September lalu.

Operasi berkenaan dijalankan MPS melalui Jabatan Penguatkuasa dengan kerjasama Jabatan Pelesenan bagi menjalankan pemeriksaan dan bancian terhadap aktiviti penjajaan di Kawasan berkenaan.

"Operasi tersebut bertujuan memastikan pengoperasian premis dan aktiviti berkaitan mematuhi peraturan serta syarat yang ditetapkan oleh MPS.

"Hasil tindakan penguatkuasaan yang dijalankan, sebanyak 24 kompaun dan satu inventori direkodkan, menjadikan keseluruhan 25 tindakan penguatkuasaan," katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Susulan itu, sebanyak 7 aduan turut diterima dan diambil tindakan susulan, termasuk aduan yang diterima menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Pengindahan Bandar dan Alam Sekitar serta Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA).

MPS akan terus menjalankan operasi dan pemantauan dari masa ke semasa bagi memastikan aktiviti penjajaan di kawasan pentadbirannya mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Usaha berkenaan turut bertujuan memastikan aktiviti penjajaan tidak menjejaskan kepentingan, keselamatan dan keselesaan orang awam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved