LRT Laluan Kelana Jaya alami gangguan sistem isyarat

17 Sep 2026 • 9:51 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: LRT Laluan Kelana Jaya alami gangguan sistem isyarat

PETALING JAYA: Rapid KL memaklumkan jadual perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya, pagi ini sedang mengalami kelewatan susulan gangguan pada sistem isyarat tren.

Rapid KL berkata, perkhidmatan tren LRT beroperasi secara manual dari Stesen USJ 21 ke Stesen Taipan dan pergerakan tren dijangka lebih perlahan dan berhenti di platform lebih lama.

“Pasukan teknikal kini sedang menjalankan kerja-kerja pemulihan bagi memastikan perkhidmatan kembali normal.

“Bagi memastikan keselamatan dan kelancaran pergerakan penumpang, anggota polis bantuan serta petugas stesen telah ditempatkan di stesen-stesen yang terjejas untuk memberikan bantuan dan panduan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui saluran media sosial rasmi Rapid KL dan aplikasi MyRapid PULSE.-UTUSAN

The post LRT Laluan Kelana Jaya alami gangguan sistem isyarat appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved