Komputer Mini ROG NUC Dilancarkan Dengan Intel Core Ultra 9 Dan RTX 4070

TechnologyDigital
9 Jan 2024 • 7:42 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selepas Intel berhenti menawarkan komputer mini NUC, ia diambil alih oleh ASUS. Di CES komputer mini ROG NUC telah diumumkan dengan ia bersaiz kecil tetapi mempunyai kemampuan yang tinggi. Ia hadir dengan pilihan antara cip Intel Core Ultra 7 atau Core Ultra 9. Kemudian terdapat pilihan untuk GPU NVIDIA GeForce RTX 4060 atau RTX 4070.

image is not available

Kesemua ini dimasukkan ke dalam kerangka sekecil 270 x 180 x 50 mm sahaja. Namun begitu ia masih hadir dengan output HDMI 2.1a, DisplayPort 1.4, Thunderbolt 4 / USB4 Type-C, USB 3.2 Gen 2, USB 2.0, dan Intel Killerimage is not available WiFi 6E AX1690i. ROG NUC boleh digunakan dengan sistem operasi Windows 11 ataupun Linux.

Kerana ia sebuah komputer Republic of Gamers, ia turut hadir dengan sistem lampu RGB pada bahagian sisi. Pada ketika ini masih tiada maklumat bila ia akan dijual serta harga.