MTES nilai pelan pembangunan Persiaran Mokhtar Dahari

LocalPolitics
12 Oct 2026 • 1:21 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Persiaran Mokhtar Dahari

SHAH ALAM: Risiko dan keperluan menaik taraf jalan di Persimpangan Alam Budiman, Persiaran Mokhtar Dahari dibawa ke Majlis Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) bagi melihat keberkesanan cadangan penyelesaian jangka sederhana dan panjang oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Mohd. Najwan Halimi berkata, pihaknya sudah pun dimaklumkan oleh JKR Selangor berkenaan cadangan pembinaan laluan bertingkat kawasan berkenaan.

“Sehingga kini terdapat pelbagai tindakan sudah pun dilakukan oleh JKR Selangor terhadap perancangan bagi menyelesaikan risiko kesesakan dan keselamatan pengguna di jalan berkenaan.

“Bagi penduduk pula, mereka mahukan satu flyover yang lebih menjamin keselamatan, walau bagaimanapun kita melihat dari segi tindakan diambil oleh JKR Selangor,” katanya ketika ditemui selepas menyerahkan sumbangan 200,000 pelitup muka pelajar kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor.

Beliau yang juga Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan itu menjelaskan, pengguna jalan raya perlu bersikap rasional dan tidak sepatutnya memandu di bawah bahan terlarang seperti alkohol atau dadah.

Semalam, JKR Selangor dalam kenyataannya menjelaskan, kerja-kerja fizikal pembinaan lorong tambahan sepanjang 300 meter dari arah Puncak Alam menghala ke Shah Alam akan dimulakan pada pertengahan tahun hadapan.

“Pembinaan lorong tambahan itu turut melibatkan penambahan lampu jalan, menaik taraf lampu isyarat Persimpangan Alam Budiman serta kerja-kerja aspek keselamatan. Kerja fizikal mengambil kira perlindungan dan pengalihan utiliti.

“Bagi perancangan jangka panjang, JKR Selangor sudah mengangkat permohonan menaik taraf empat lorong termasuk persimpangan utama dari susur Lebuhraya Damansara – Shah Alam (DASH) ke Persimpangan Budiman Valley U15 di bawah Rancangan Selangor Ke-2 (RSK2),” ujarnya.

Jumaat lalu, sebuah lori dari arah Shah Alam dilapor merempuh 11 deretan kereta di arah bertentangan yang sedang berhenti pada lampu merah di persimpangan lampu isyarat Alam Budiman.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah kemudian mengesahkan pemandu berusia 51 tahun itu memandu positif dadah dalam kemalangan yang mengakibatkan empat cedera termasuk dua kritikal. – UTUSAN

The post MTES nilai pelan pembangunan Persiaran Mokhtar Dahari appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved