Pemandu lori positif dadah dalam nahas 12 kenderaan di Shah Alam

10 Oct 2026 • 1:21 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Pemandu lori positif dadah dalam nahas 12 kenderaan di Shah Alam

Polis tahan pemandu lori positif dadah selepas nahas membabitkan 12 kenderaan di Persiaran Mokhtar Dahari. Pemandu didakwa alami masalah brek

SHAH ALAM: Pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan membabitkan 11 kenderaan lain di lampu isyarat Persiaran Mokhtar Dahari, Alam Budiman dekat sini petang semalam, didapati positif dadah.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Sarudin Samah berkata berdasarkan ujian saringan air kencing yang dilakukan terhadap lelaki berusia 51 tahun itu mendapati positif dadah jenis amphetamin/methamphetamine.

“Lelaki berkenaan kini ditahan bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 44(1A)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan pemandu lori berkenaan akan direman di Mahkamah Shah Alam hari ini.

Sarudin berkata siasatan awal mendapati pemandu lori terbabit mendakwa mengalami masalah brek sebelum hilang kawalan ketika menuruni bukit dari arah Puncak Perdana menghala ke Puncak Alam, kira-kira 4.20 petang.

Beliau berkata lori berkenaan kemudian terbabas ke laluan bertentangan sebelum melanggar 11 kenderaan yang sedang berhenti di lampu isyarat simpang tiga Alam Budiman.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki berusia 58 tahun yang memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Subaru XV mengalami kecederaan parah di kepala dan sedang menerima rawatan di zon merah Hospital UiTM Puncak Alam.

Isterinya, 53, dan cucu lelaki mereka berusia 17 tahun yang turut berada dalam kenderaan sama juga menerima rawatan di hospital berkenaan dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Seorang lagi mangsa, lelaki berusia 29 tahun yang memandu Perodua Myvi, mengalami kecederaan pada badan dan turut dilaporkan stabil.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Abdul Nasser bin Peping, menerusi talian 012-286 3875 bagi membantu siasatan.

Semalam, tular di media sosial rakaman memaparkan kejadian sebuah lori dipercayai telah dipandu melawan arus dan merempuh beberapa kenderaan di persimpangan jalan raya terbabit.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved