
PEMPENGARUH MUA Bellaz selalu menjadi inspirasi. Biarpun dikurniakan kesenangan, dia dan suami, Anuar Muhammad tidak lupakan masyarakat apabila mengadakan sambutan ulang tahun kelahirannya di kampung halaman.
Tidak seperti kebanyakan pempengaruh yang memilih hotel atau restoran, Bellaz atau nama penuhnya Nur Nabila Zulyadaini selesa untuk meraikan momen istimewa berlatarkan bendang dan rumah kayunya.
"Alhamdulilah majlis sambutan ulang tahun saya berjalan dengan lancar. Syukur.

"Alhamdulillah, terima kasih kepada semua penduduk kampung, rakan-rakan, suami dan famili semua datang menjayakan majlis.
"Alhmdulillah ada rezeki insya-ALLAH Bellaz akan invite followers yang jauh datang open house Bellaz nanti ya, insya-ALLAH," kongsinya.
Menerusi video yang dikongsikan, suami Bellaz, Anuar dilihat turun padang menyediakan sajian untuk tetamu secara bergotong-royong bersama orang kampung.

Warganet memuji ibu kepada empat cahaya mata itu yang tidak lupa masyarakat sekeliling biarpun sudah bergelar usahawan dan pempengaruh tersohor.
"Bagus Bellaz raikan jiran kampung, tidak seperti kebanyakan founder yang hanya jemput team founder dan orang-orang ada nama."
"Suka sangat tengok Bellaz, dahulukan orang yang terdekat macam jiran kampung. Tak perlu nak sewa tempat mahal dan katering apa semua. Suasana itu yang mahal sebenarnya."
"Seronok tengok, teringat vibe kenduri kat kampung dulu-dulu."
"Sebak tengok Bella meraikan orang kampungnya. Selamat hari lahir Bellaz semoga sihat bahagia dan kaya raya."

Tahun lalu, Bellaz mengadakan rumah terbuka Aidiilfitri di pekarangan kediamannya dan menerima hampir 7,000 tetamu.
Pasangan itu juga terkenal dengan sifat dermawan kerana tidak lupa akan mengagihkan barangan keperluan kepada penduduk kampung yang menjadi mangsa banjir.
