Muat Naik Foto Bersama Suami, Norreen Beri Respon Tegas – “Doakan Sahaja Kebahagiaan Saya”

EntertainmentLifestyle
18 Sep 2025 • 5:32 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular gosip berterbangan kononnya selebriti media sosial popular Norreen sudah bercerai.

Namun, menerusi satu entri di Threads, Norreen seakan memberi bayangan bahawa rumah tangganya baik-baik sahaja apabila berkongsi gambar mesra bersama suami.

image is not available

Dalam kapsyen ringkas tetapi padu, Norreen menulis,

Tiada lagi soalan. Saya akan tunjuk apa yang saya nak tunjukkan. Saya hidup seperti apa yang saya mahukan. Doakan sahaja kebahagiaan saya kerana itu yang saya lakukan untuk bahagiakan kalian dengan video saya. Sayang semua.

Ramai yang beranggapan hantaran itu dibuat bagi menutup mulut pihak tertentu serta menjawab desas-desus yang mengatakan dirinya sudah berpisah.

Malah, menerusi perkongsian tersebut, Norreen dilihat lebih memilih untuk fokus pada kebahagiaan sendiri dan dalam masa sama meminta doa baik-baik daripada peminat.

image is not available 2025-08-05 11:10:56

"Baik Sangat Atau Terlalu Bagi Muka" - Luahan 'Pasrah' Norreen Iman Jadi Perhatian