
Melalui platform X baru-baru ini, tular satu ciapan yang menimbulkan spekulasi siapakah individu sebenar pemilik restoran terkenal di Pulau Pinang, Pak Mat Western.
Ini ke pemilik Pak Mat Western?
Dalam ciapan yang dimuat naik, seorang individu memuat naik satu video yang pernah dimuat naik tujuh tahun lalu mendakwa itu adalah pemilik Pak Mat Western tetapi adakah lelaki yang ditembual itu owner sebenar atau tidak?
ohh, so ni lah owner sebenar pakmat western eh? baru tahu. wow!! pic.twitter.com/xT5eXwBeMg
— | (@rabbaniahmad_) November 17, 2024
Melihat di ruangan komen ciapan terbabit, pelbagai reaksi daripada netizen, di mana ada yang mengatakan lelaki yang ditemubual itu adalah pekerja yang telah dibayar untuk sesi penggambaran terbabit.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang memuji usia muda owner Pak Mat Western tersebut dan meluahkan rasa kagum dengan kejayaan yang dimiliki.


Strategi pemasaran Pak Mat Western
Bagaimanapun, menurut The Vocket, perbualan hangat mengenai pemilik Pak Mak Western di platform media sosial itu berkemungkinan merupakan strategi pemasaran yang digunakan.
Persoalan mengenai identiti sebenar pemilik jenama terkenal itu sehingga ke hari ini menjadi tanda tanya, lagi-lagi Pak Mat Western merupakan satu jenama terkenal di platform TikTok kerana sering mengikuti isu semasa.
"Bukan Setakat Handsome Tapi Helok, Saya Tak Boleh Bercakap.." - Staf Pak Mat Western Kongsi Kisah Buat 'Live' Bersama Fattah Amin
The post “Muda Lagi Rupanya..” – Individu ‘Muat Naik’ Video Lama, Ini Pemilik Sebenar Pak Mat Western? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

![Tular Kereta Pengiring VIP Rempuh Kenderaan Awam, Polis Jalankan Siasatan [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/politics.jpeg)


