Muda pertaruh tiga lagi calon pada PRN Johor

LocalPolitics
21 Jun 2026 • 11:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Muda pertaruh tiga lagi calon pada PRN Johor
Parti Ikatan Demokratik Malaysia

KUALA LUMPUR - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) pada Ahad mengumumkan tiga lagi calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ketua Muda Bahagian Kulai, M Premanand, 53, dipertaruhkan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu; Ketua Penerangan Muda Muar, Muhammad Amir Fiqri, 30, di DUN Maharani manakala Setiausaha Agung Muda, Ainie Haziqah Shafii, 36, di DUN Simpang Jeram.

Pengumuman kesemua calon dibuat Presiden Muda, Amira Aisya Abdul Aziz pada Malam Suara Muda di sini.

Semalam, Amira Aisya mengumumkan Ketua Pegawai Pusat Khidmat DUN Puteri Wangsa, Rashifa Aljunied, 26, sebagai calon bagi kerusi DUN Puteri Wangsa, pada PRN berkenaan.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 11 Julai sebagai hari mengundi bagi PRN Johor dengan 27 Jun sebagai hari penamaan calon manakala pengundian awal pada 7 Julai. - Bernama

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved