Mudir sekolah pondok nafi ‘pegang’ tiga murid lelaki

30 Jul 2026 • 2:33 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Mudir sekolah pondok nafi ‘pegang’ tiga murid lelaki

PASIR MAS: Seorang mudir di sebuah madrasah didakwa di Mahkamah Seksyen di sini, hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap tiga kanak-kanak lelaki berusia 10 dan 11 tahun yang merupakan muridnya, kira-kira tiga tahun lalu.

Mohamad Badrul Abd. Rahim, 33, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas ketiga-tiga pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zulkpli Abdullah.

Mengikut kesemua pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan amang seksual fizikal terhadap tiga kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun 10 bulan, 11 tahun lapan bulan dan 11 tahun tiga bulan ketika kejadian.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah madrasah di Tumpat dekat sini kira-kira pukul 1 pagi pada 16 Jun 2023, pukul 3 pagi pada Februari 2023 dan pukul 10 malam pada 8 November 2024.

Ketiga-tiga pertuduhan terhadap lelaki itu dikemukakan mengikut Seksyen 14 (a) dan 14(b) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap kanan-kanak 2017 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14 akta sama yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebat jika disabitkan kesalahan.

Mahkamah membenarkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan 26 Ogos ini untuk sebutan semula kes. Tertuduh tidak membayar ikat jamin yang ditetapkan mahkamah. – UTUSAN

 

The post Mudir sekolah pondok nafi ‘pegang’ tiga murid lelaki appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved