Keselamatan rakyat keutamaan tangani anjing terbiar

14 Aug 2026 • 1:47 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Keselamatan rakyat keutamaan tangani anjing terbiar

SEREMBAN – Tindakan menangani masalah anjing terbiar dan liar perlu diteruskan demi memastikan keselamatan serta kesejahteraan masyarakat, walaupun mendapat kecaman daripada sesetengah pihak.

Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim berkata, kerajaan tidak boleh berdiam diri sekiranya populasi anjing terbiar semakin tidak terkawal sehingga mengancam keselamatan orang ramai.

Menurutnya, sebarang tindakan perlu dibuat secara wajar serta mengikut peraturan dan undang-undang ditetapkan.

“Kalau ada keperluan, kalau sudah terlalu banyak dan membahayakan orang ramai, ada yang kena gigit, ada kemalangan, saya rasa sesuatu kena buat.

“Wajar walaupun beberapa NGO mengecam. Kita cakap mengenai orang ramai, bukan kumpulan. Keselamatan jadi keutamaan,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Penjawat Awam dan Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sembilan di Seremban hari ini.

Beliau mengulas Program Pemberian Insentif Penyerahan Anjing Terbiar Secara Sukarela 2026 yang diperkenalkan Majlis Bandaraya Seremban (MBS), bermula 24 Ogos ini.- KOSMO! ONLINE

The post Keselamatan rakyat keutamaan tangani anjing terbiar appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved