Muhyiddin berduka pendaftaran PN dibatalkan

LocalPolitics
20 Oct 2026 • 4:59 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Muhyiddin berduka pendaftaran PN dibatalkan

PETALING JAYA – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berduka atas keputusan pembatalan pendaftaran Perikatan Nasional (PN) hari ini.

Beliau yang juga pengasas PN berkata, bagaimanapun keputusan itu menjadi peringatan kepada mana-mana pihak yang memimpin parti gabungan supaya bertindak adil terhadap semua parti anggota.

Katanya, pemimpin parti gabungan juga hendaklah sentiasa mematuhi perlembagaan parti dan Akta Pertubuhan 1966.

“Jangan salah guna kuasa dan kedudukan dalam parti gabungan semata-mata untuk kepentingan parti atau kelompok tertentu sehingga menyebabkan parti gabungan tergelincir daripada tujuan dan matlamat asal penubuhannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, beliau akan membincangkan langkah ke hadapan bersama pimpinan Bersatu dalam Mesyuarat Biro Politik Khas pada malam ini.- KOSMO! ONLINE

The post Muhyiddin berduka pendaftaran PN dibatalkan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved